
Sulit
3 tahun
Sakit bahagian pinggang,sakit tengkuk,lesu
Saya lelaki berumur 22 tahun.Sudah 2-3 hari saya merasa lesu,Pada hari kedua dan sekarang saya merasa bahagian pinggang saya sakit dan tengkuk saya pun terasa sakit.Apa saya patut buat pemeriksaan kesihatan?

3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang dan tengkuk.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Otot yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
Namun terdapat kondisi yang serius yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk ke hospital dengan segera.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.