
Sulit
5 tahun
Sakit bahagian tgh abdomen
Saya wanita berusia 20 tahun. Saya merasa sakit dibahagian tgh abdomen ketika baring(tidur). Apabila saya bangun pagi, saya merasa sesak nafas dan batuk(tak teruk). Saya dah rase sakit ni selama 3 hari, dari hari isnin hingga rabu. Saya perasan, saya rasa sakit ini selepas saya pergi gym utk kali pertama selama 2 jam pada hari ahad pagi lepas(16feb). Apa yg patut saya buat doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, hal ini adalah normal yang mana ia adalah reaksi normal (bukan penyakit) otot apabila tubuh baru pertama kali melakukan sesuatu jenis gerakan/ senaman.
Keadaan ini juga dikenali sebagai delayed onset muscle soreness yang mana antara perawatan yang boleh dilakukan adalah berupa:
- Melakukan kompres hangat ataupun dingin
- Mengurangkan intensiti senaman untuk sementara waktu
- Mengambil ubat tahan sakit sekiranya terlalu sakit
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.