
celinar90.cr
5 tahun
Sakit bawah perut dan belakang apabila datang haid
Hello doktor… Sy berumur 29 tahun… Sy d sini ingin bertanya… Apakah sebab sy selalu sakit di bawah perut dan bahagian belakang bahkan seluruh pinggang saya apa bila datang haid… Sy sdh mengalami mslah ni hampir stngh tahun… Dan sakit itu seperti nak bersalin… Apakah ini normal atau tidak doktor… Mohon jawaban nya dktor tq…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut, pinggang dan belakang anda boleh disebabkan:
- Endometriosis
- Sindrom pra-menstruasi
- Jangkitan buah pinggang
- Masalah tulang belakang anda seperti “slipped disc”
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.