
Sulit
4 tahun
Sakit bawah perut sebelah kanan. Demam ringan, sakit kepala, mual dan cirit sedikit pada awal
sya nak tanya. Pagi tadi saya sakit perut, lepas tu tiba2 rasa senak nak muntah. Muntah air. Saya dah mula rasa sakit bahagian bawah perut belah kanan. Dlm pkul 1 ptg saya makan. Sambal telur & nasi. tapi tak terlalu pedas. Dalam 2.30 ptg saya baring dan tertido. Saya mula rasa tak sedap badan. Dan badan sedikit panas. Masih sakit belah kanan masa berjalan & salah pergerakan akan terasa sangat sakit. Sampai sekarang. 8.59 malam. dan sekarang kepala terasa berpusing

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi iaitu sakit bawah perut sebelah kanan. Namun begitu, maklumat lanjut daripada anda harus kami perolehi sebelum sebarang kesimpulan dibuat berkenaan punca sebenar sakit yang anda alami.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab sakit bawah perut sebelah kanan:
- Keradangan appendix (appendicitis)
- Keradangan saluran kencing
- Inflammatory Bowel Disease : Keradangan usus
- Batu dalam buah pinggang
- Irritable Bowel Syndrome
Tambahan, khusus pada wanita, sakit bawah perut sebelah kanan dapat disebabkan oleh:
- Haid (menstrual cramp)
- Endometriosis
- Ovarian cyst
- Hamil di luar rahim
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih