Sulit
6 tahun
Sakit belah kiri perut
Sy wanita berumur 26 tahun. Belum berkahwin. Semalam sy sakit belakang belah kiri dan mengalami muntah muntah… Sehinggakan sukar untuk sy bangun… Sy pergi klinik dan doktor bagi ubat tahan sakit. Hari ni sy bangun tidur, sy mengalami sakit di bahagian perut belah kiri. Sy rasa nak membuang air besar… Tapi tak boleh. Sy tak pasti sebab apa. Boleh doktor terangkan secara terperinci.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sembelit:
- Batu karang:
- Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman kerana batu tersebut tersekat di saluran kencing antara buah pinggang dan pundi kencing. Air kencing anda juga mungkin mempunyai kesan darah.
- Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
- Selain daripada sakit perut sebelah kiri, pesakit akan berasa penat, demam dan menggigil. Pesakit juga mungkin lebih kerap ke bilik air atau rasa sakit semasa membuang air kecil. Air kencing juga mungkin berbuih dan mungkin mempunyai kesan pendarahan. Pesakit memerlukan ubat demam dan antibiotik.
- “Diverticulitis”:
- Kadang-kala, dinding usus ini akan membentuk saku atau kantung yang dipanggil sebagai “diverticula”. Apabila saku ini mengalami komplikasi jangkitan, anda akan berasa sakit perut dan demam malahan najis berdarah.
- Ovarian cyst
- Pancreatitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor tanpa melengahkan masa. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.






























