Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit belakang badang sehinggan ke tangan kiri

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 21, 2020 1:04 PM

lina.khairi 11 bulan

Ibu saya (berumur 69 tahun) mengalami sakit belakang bahagian atas sehingga ke seluruh bahagian tangan kiri. Kesakitan tidak berkurangan walaupun telah ke klinik. Kesakitan makin teruk kadang-kadang terasa ke dada sebelah kiri. Doktor hanya beri ubat makan dan sapu. Adakah ini berkait dengan sakit jantung atau saraf? Beliau tiada melakukan aktiviti berat sebelum sakit. Hanya berdiri tempoh yg agak lama sambil membuat kerja dapur.

Dr Ramzdhan 11 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  1. Otot belakang yang terseliuh
  2. Ketegangan otot belakang
  3. Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
  4. Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
  • Batu karang pada saluran buah pinggang, jangkitan buah pinggang
  • Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
  • Masalah pada struktur ovari pada wanita
  • Masalah pada usus
  1. Atas faktor usia, ibu anda mungkin alami masalah osteoarthritis pada tulang belakang leher dan tulang belakang pinggang.
  2. Risiko tulang rapuh osteoporosis lebih-lebih lagi jika ibu anda kurang minum susu.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 21 2020 13:04:37 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Tulang tentang sakit belakang secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19