
Sulit
5 tahun
Sakit belakang dan lutut
Selamat sejahtera. Saya wanita berusia 21 tapi kerap kali sakit lutut dan belakang. Sakit lutut yang saya alami kadangkala dalam keadaan saya rehat tidak melakukan sebarang kerja berat. Baru hendak tidur, tiba tiba sakit lutut. Kadangkala berpanjangan hingga pagi esok. Kalau dah tidur, sampai terpaksa bangun kerana kesakitan tu. Kalau berjalan terlampau laju atau tersalah urat sikit terus sakit lutut. Rasa macam sentak lutut dan macam masuk angin di bahagian tu. Adakah saya mempunyai kecederaan tulang atau saraf? Sakit belakang saya cepat merasainya walau sekadar duduk tidak melakukan apa apa. Bila duduk 90 darjah terus rasa sakit, duduk yang tegang sangat.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat banyak kemungkinan punca kepada masalah anda, antaranya:
- Masalah otot
- Masalah sendi
- Masalah saraf dan sebagainya
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.