Sulit
3 tahun
Sakit belakang dan sukar bernafas
saya wanita berumur 40 tahun.pagi tadi selepas bangun dari tidur belakang badan saya dibahagian pinggang sebelah kanan sakit.saya ingat hanya sekejap.bila malam sakit tu datang tiba2 dan disertai dangan masalah sukar bernafas.apabila hendak bernafas belakang saya rasa sakit.apa masalah saya doktor
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan tentang sakit belakang anda. Saya fahami kerisauan yang anda sedang alami.
Sakit belakang ketika pernafasan boleh disebabkan oleh banyak perkara dan ia juga merupakan tanda disebalik sesuatu penyakit antaranya :
- Serangan jantung : ia biasanya diiringi simptom lain seperti sakit dada, sakit bahagian rahang, sakit di bahagian lengan, loya dan muntah.
- Scoliosis : ia merupakan satu kondisi di mana tulang belakang melengkuk dan memberi tekanan yang lebih kepada paru paru sekaligus membuatkan seseorang sukar dan sakit ketika bernafas.
- Jangkitan kuman pada paru-paru : juga dikenali sebagai pneumonia merupakan jangkitan kuman pada paru-paru. Simptom lain pneumonia termasuklah demam, batuk dan sesak nafas.
- Kanser paru-paru : ketumbuhan pada paru-paru boleh memberi tekanan keatas saraf tulang belakang dan menyebabkan seseorang sukar bernafas dan sakit belakang.
- Embolisme paru-paru : ia berlaku apabila darah beku tersumbat di salah satu saluran darah ke paru paru. Ia boleh menghalang saluran darah yang normal dan sangat berbahaya sekiranya berlaku.
Hilangkan kegusaran sakit belakang anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah !
Sekiranya anda mengalami simptom sakit belakang yang berpanjangan atau mengalami simptom simptom berikut, sila berjumpa dengan Doktor di Hospital :
- Kesukaran bernafas
- Batuk yang teruk atau berdarah
- Pening kepala atau tidak sedarkan diri
- Badan lemah dan kebas
- Bengkak pada bahgian kaki
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang, hindarinya dengan segera !
Saya menasihati anda untuk berjumpa dengan Doktor di Hospital berdekatan atau klik link ini ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan konsultasi secara peribadi dengan kami. Terima kasih.