
Sulit
3 tahun
Sakit belakang dan sukar untuk bernafas
Mengapakah pesakit positif covid-19 mengalami sakit belakang yang menusuk-nusuk dan sukar untuk bernafas? Adakah itu adalah perkara yabg serius dan apakah cara untuk mengatasinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, bekas pesakit Covid-19 yang mengalami gejala sakit belakang yang menusuk-nusuk dan sukar bernafas boleh disebabkan oleh jangkitan virus tersebut pada paru-paru (pneumonia). Sememangnya ia akan mengambil masa untuk pesakit Covid-19 untuk kembali kepada normal. Selain itu, bekas pesakit Covid juga boleh mengalami ‘Long Covid Syndrome’ atau ‘Post Covid Syndrome’ di mana bekas pesakit masa mengalami gejala seperti sakit badan, lesu, kemurungan, sesak nafas dan sebagainya selama 12 minggu selepas pulih daripada jangkitan virus tersebut.
Namun, gejala yang anda jelaskan boleh juga berlaku tanpa jangkitan Covid-19. Ia boleh berlaku disebabkan :
- Radang paru-paru
- Pleuritis
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Jangkitan pada tulang rusuk
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya dapat mengetahui puncanya. Cara rawatan adalah berdasarkan punca masalah anda. Oleh itu, sebaiknya anda mendapatkan nasihat daripada doktor. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.