Sulit
3 tahun
Sakit belakang di bahagian leher
Pagi tadi saya tiba-tiba rasa kejang dan tak dapat bergerak dibahagian belakang badan. Terutama bahagian berdekatan leher. Sekarang boleh bergerak tapi masih lagi sakit. Cuba buat senaman ringkas tapi masih lagi sakit. Apa perlu saya buat?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit di bahagian leher boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
postur yang tidak baik,
ketidakseimbangan otot,
kekurangan stabiliti otot tengkuk,
kecederaan whiplash
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah sakit leher di bahagian belakang kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.