Anonymous
3 tahun
Sakit belakang di bahagian tulang belakang dan punggung
Hi saya berusia 21 dan seorg prmpuan. Kebelakangan ini sy sering sakit belakang. Start dr tulang blkg smpai ke pinggang. Smtime kaki sy jd kebas. Bila sy nak membongkok sy rasa mcm ada bnda tekan tulang sy. Blh doktor terangkan apa penyakit yg mungkin sy alami berdasarkn simptom sy?
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doKtor.
Untuk pengetahuan anda, antara punca yang menyebabkan sakit tulang belakang adalah seperti:
- Otot kejang/ muscle spasms
- Spondylolisthesis
- Jangkitan kuman di sekitar vertebra
- Trauma pada tulang belakang
- Ankylosing spondylitis
Maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan untuk mengetahui punca yang menyebabkan sakit tulang belakang di situasi anda. Anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan yang teliti di clinic/hospital yang berdekatan untuk mengetahui punca di belakang kesakitan anda. Sekiranya anda ingin mendapatkan konsultasi yang selanjutnya daripada pihak kami, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih.































