Sulit
3 tahun
Sakit belakang di bawah belikat kanan
Saya mengalami sakit belakang di bawah belikat kanan,ianya menyebabkan saya sukar bergerak seperti baring,rukuk,dah menggerakkan tangan kanan.sudah 3 hari saya mengalami kesakitan ini.kadang kala saya sukar untuk bernafas…terima kasih doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, rasa sakit pada tulang belakang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- ‘Slipped disc’/disk tergelincir
- Osteoarthritis tulang belakang
- otot kejang / muscle spasm
- Spondylolisthesis
- jangkitan kuman
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- sindrom “cauda equina”
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!