Anonymous
6 tahun
Sakit belakang kepala dan bahu
Saya wanita berumur 38tahun. Terasa sakit di seluruh bahagian bahu dan belakang kepala
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit kepala bahagian belakang yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sakit kepala tekanan (tension headache)
- migrain
- ketegangan otot
- occipital neuralgia (sakit saraf kepala)
Simptom ini agak lazim untuk golongan yang menghadap komputer atau pekerjaan yang memerlukan menunduk pada masa yang lama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan yang tepat boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































