Anonymous
3 tahun
Sakit belakang melampau
salam doktor… sy nk tnya… isteri sy mengalami sakit belakng yg melampau sehinggakan nak bagun dri pagi selepas tidur mmg terasa sakit sangat… bole sy tau punca dan penyebab nye… tq doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit belakang boleh disebabkan oleh
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot bahagian belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
(Batu karang pada saluran buah pinggang)
(Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang)
Bagi merawat masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.































