
Anonymous
6 tahun
Sakit Belakang & Pinggang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Salam ramadhan.
Saya A’a berusia 26 tahun,saya mengalami sakit belakang dan pinggang belakang sudah sekian lama. Bermula dari belajar di pada tahun 2012 sakit pinggang mungkin atas faktor kursus yang saya ambil iaitu kos builing/bangunan yang memaksa saya untuk selalu tunduk/bongkok sewaktu melukis plan drawing.
Tapi sewaktu bljr kos bangunan tu tak teruk sangat sakit pinggang saya. Yang teruk pernah jadi untuk pertama kali adalah sewaktu tahun 2014 sampai saya terpksa menahan sakit sampai keluar airmata. Saya dah buat checkup dengan doktor di hospital ipoh tapi doktor bagitau tak da apa-apa yang serius hanya sakit biasa sahaja dan doktor bagi ubat sapu.
Sampai lah tahun berikutnya masih lagi mengalami sakit belakang dan pinggang. Sebenarnya tahun sebelumnya lebih kepada sakit pinggang berbanding sakit di bahagian belakang.
Pada tahun 2018, saya ada buat checkup lagi di tempat tinggal saya sebanyak 3kali dan jawapan masih sama. Tapi ada satu klinik swasta bagitau saya ade lifoma kalu tak silap ejaan. Tapi hspital bagitau tak ada apa-apa yang serius jgk dan msih bagi ubat sapu dan juga ubat tahan sakit.
2019 tahun ni sakit belakang dan pinggang saya makin teruk dan memaksa saya untuk baring sepanjang masa dan malas untuk buat kerja. Saya juga dah kurang aktif atas faktor sakit skrg. Saya ada sapu juga ubat yang dokter bagi dan Massage Gel yang saya beli tapi ianya hanya sementara sahaja tak melegakan sakit belakang dan pinggang saya sekarang.
Untuk pengetahuan doktor di pinggang belakang saya ade dua biji bebola antara kiri dan kanan dari tahun 2013-2019.
Diharap Doktor dapat bagi penjelesan dengan terperinci dan solusinya.
Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pinggang dan sakit belakang, antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Bagi merawat masalah ini, puncanya haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lebih mendalam harus diperolehi sebelum kesimpulan boleh dibuat. Tambahan pula kesakitan ini mengganggu aktiviti harian anda, maka amat perlu untuk anda mendapatkan penyelesaiannya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.