muhammadnurazrin
7 tahun
Sakit Belakang/Pinggang
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Saya lelaki berusia 30an menghidapi sakit belakang/pinggang. Saya pernah bekerja sebagai Warehouse Assistant selama 7 tahun lebih. Saya telah berhenti kerja sejak 2 tahun lalu. Punca saya berhenti ialah saya telah mula rasa sakit dan ingin mencari peluang di tempat lain.
Simptom yang saya hadapi ialah rasa sakit di bahagian atas punggung dan dibawah belikat. Saya akan rasa sakit bila duduk dan berdiri lama.
Bila duduk, saya terpaksa selalu mengubah posisi duduk kerana sakit di bahagian tulang ekor dan di bawah buah pinggang. Rasa sakit mengejut jika bergerak secara drastik dan secara tiba-tiba.
Bila berdiri, saya berasa sakit yang berterusan di bahagian pinggang dan atas pinggang sehingga bawah belikat.
Selain duduk dan berdiri, saya juga rasa sakit jika lunjurkan tangan ke atas atau jika cuba bongkokkan badan, ketika baring dan sedikit rasa sakit ketika berjalan.
Saya pernah buat rujukan berkenaan Slip Disc, dan jika bandingkan dengan simptom slip disc, saya tidak rasa sakit sehingga ke bahagian kaki.
Saya nak tahu jika perlu buat pemeriksaaan kesihatan jika saya ada simptom yang dinyatakan di atas atau hanya perlu lakukan rutin senaman/regangan tertentu.
Jika boleh, sila nyatakan prosedur pemeriksaan yang perlu dilakukan dan kos yang mungkin dikenakan di pusat kesihatan swasta atau kerajaan.
Terima kasih.
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit belakang yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah sakit belakang berdasarkan keterangan encik ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- slipped disc (lazim berlaku pada bahagian pingang tulang Lumbar 4 dan 5)
- herniated disc
- ankylosing spondylitis
- masalah batu karang dalam buah pinggang
sebab lain yang amat jarang seperti
- tibi tulang belakang (tb spine)
- jangkitan kuman pada tulang (osteomyelitis)
Lazimnya sebelum mencapai diagnosis, ujian seperti pemeriksaan fizikal, ujian pengimejan seperti MRI tulang belakang akan dibuat terlebih dahulu dan sekiranya encik berkunjung ke hospital kerajaan kosnya tidak akan lebih RM50. Rawatannya termasuklah fisioterapi, pengurangan berat badan, pemulihan carakerja dan pendidikan postur yang betul untuk mengangkat barangan berat serta ubat-ubatan. Terdapat juga pilihan pembedahan untuk masalah ini namun, ia tidak digalakkan kerana pembedahan melibatkan saraf (neurosurgery) mempunyai risiko yang tinggi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























