Sulit
6 tahun
Sakit belakang yg keterlaluan
sy pelajar sek men… Sy mengalami sakit belakang yg agk teruk… Kekadang sy tk boleh nk gerak pun setiap kli bngun tido mahupun wktu nk bngun dri pembaringan…Perlu ke sy pergi check up?Apakah sakit sy ini? Adakah sakit ini terlmpau serius?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belakang yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketegangan/kecederaan otot tulang belakang
- Masalah cakera tulang belakang seperti - “slipped disc” atau “herniated disc” akibat kecederaan atau pernah mengangkat objek berat
- Masalah buah pinggang seperti batu karang atau jangkitan kuman
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian bagi memberikan maklumat tambahan untuk mendiagnos kondisi anda. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























