Sulit
3 tahun
Sakit berut dan berak berdarah
saya berumur 21 tahun.saya jenis berak 1 kali seminggu.selama 3 hari saya rasa sakit perut di bahagian kiri dan kanan seperti gastrik dan baru-baru ini saya berak berdarah. semasa saya buang air besar saya tidak rasa sakit selepas habis baru saya perasan ade darah warna merah cerah.najis saya awalnya berwarna coklat kehitaman dan selepas itu baru najis bersama darah. setiap kali selepas makan saya rasa nak muntah. adakah ini simptom buasir atau penyakit lain?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berdarah ini boleh disebabkan:
- Buasir
- Kesan sembelit
- Penyakit radang usus
- Kesan ubat-ubatan seperti aspirin atau ubat tahan sakit senggugut
- Jangktian usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.