Wany
5 tahun
Sakit bila kencing dan demam
Hye… saya hampir 2mnggu terasa sakit bila kencing dan nak demam… apakah puncanya? Kencing sakit dan xpuas
5 tahun
Salam sejahtera. Sakit ketika kencing beserta demam biasanya adalah disebabkan oleh jangkitan di saluran kencing. Demam panas merupakan tindak balas badan terhadap jangkitan kuman.
Jangkitan boleh terjadi di buah pinggang, ureter, pundi kencing atau uretra dan biasanya disebabkan oleh bakteria. Walaupun ia adalah lebih kerap berlaku pada wanita muda berbanding dengan lelaki muda, penting bagi anda untuk mengetahui bahawa hampir semua orang boleh mendapatkannya. Terdapat tiga jenis jangkitan saluran kencing iaitu jangkitan pundi kencing, jangkitan di uretra (urethritis) dan jangkitan buah pinggang. Uretritis berlaku apabila jangkitan memberi kesan kepada uretra iaitu tiub yang menyampaikan urin dari pundi kencing anda ke luar badan. Jangkitan buah pinggang berlaku apabila bakteria dari pundi kencing memasuki buah pinggang. Ini adalah jangkitan yang lebih serius.
Sakit atau rasa terbakar ketika kencing juga merupakan simptom penyakit kelamin seperti klamidia, gonorea, herpes genital, dan trichomoniasis. Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Jika telah pasti bahawa terdapat jangkitan di saluran kencing, doktor akan memberikan antibiotik untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan.