Sulit
4 tahun
Sakit dada dan pedih perut
Hi doc. Baru-baru ini saya rasa pedih perut, angin, rasa acid naik ke tekak and kadang kadang ada jugak rasa loya. Saya ada jugak rasa sakit dada sampai ke belakang. Bila tarik nafas rasa macam nafas pendek. Tapi sebelum ni kalau jadi tak lama sekejap saja dah hilang rasa nafas pendek ini. Tapi kali ini agak lama dah 4 hari tapi dia jadi on off. Kejap ok and kejap tak. Adakah sakit dada saya disebabkan gerd atau adakah ini simptom covid19. Tapi dah lama saya tak keluar pergi ke kawasan yg ramai orang. Thank you dr…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada dan perut tidak selesa boleh disebabkan oleh:
- Serangan jantung
- Masalah GERD
- Gastritis
- Masalah pada organ sistem pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.





























