
Anonymous
6 tahun
Sakit Dada dan Terasa Tersekat ditekak
Saya merupakan wanita berumur 26 tahun. Sejak seminggu yang lalu, saya mengalami sakit dada. Dada terasa berat dan terasa ada sesuatu yang tersekat di tekak. Tiada sesak nafas, batuk, selesema mahupun demam. Cuma nafas seperti tidak puas. Pernah rujuk kepada klinik yang berdekatan, katanya saya mengalami anxiety, hasil dari pemergian arwah ayah yang tiba-tiba 10 hari yang lepas. Tetapi saya tidak rasakan itu adalah punca. Tambahan, saya juga minum air yang banyak, tetapi urine yang terhasil tidak sebanyak yang saya minum. Urine menjadi sedikit, saya tiada rasa hendak membuang air kecil, dan warna urine berubah menjadi kuning pekat. Tetapi kaki tidak bengkak dan tiada sakit dibahagian buah pinggang. Walhal sebelum ini saya minum 3L sehari dan urine yang terhasil tidak berwarna. Ayah meninggal dengan tiba2, akibat paru2 berair yang sebelumnya kami atau ayah tidak mengetahui akan perkara tersebut. Adakah saya mempunyai masalah jantung? Jantung saya boleh jadi laju sehingga 114 dan menjadi perlahan sehingga 63 walaupun tiada aktiviti dijalankan.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Saya amat bersimpati atas pemergian ayah anda. Terdapat beberapa sebab anda mengalami sakit dada ialah:
• Serangan jantung (penyakit koronari jantung)
• Penyakit jantung lain seperti masalah injap jantung
• Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
• Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
• Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
• Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma
• Gangguan emosi
• Sakit belakang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih