
eltomakasa
5 tahun
Sakit dada di bahagian sebelah kiri
salam sejahtera doktor… sya seorg bapa berumur 30, waktu ptg tadi selpas sya bagun drpd tidur sya rasa sakit dada sebelah kiri hingga ke belakang sya… utk makluman doktor, smlm sya memandu selama sejam, selain daripada itu sya juga memiliki bmi yg overweight…apakah rasa sakit ini akan memberi kesan yg serius kpd sya?? terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada di sebelah kiri termasuk:
- Penyakit jantung
- Penyakit paru-paru
- Penyakit tulang
- Kayap
Penyakit jantung yang dikenali sebagai angina pectoris merupakan sejenis kondisi yang menyebabkan sakit dada yang kronik. Kondisi ini adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen ke sel-sel jantung.
Sakit dada yang berpunca dari angina pectoris biasanya menjadi lebih serius semasa menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal dan kesakitan tersebut akan berkurangan semasa berehat. Berdasarkan kenyataan anda, risiko anda untuk menghidap penyakit jantung adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai faktor-faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung seperti:
• Usia yang lebih tua
• Anggota keluarga yang menghidap penyakit jantung
• Darah tinggi
• Kencing manis
• Kolesterol tinggi
• Penyakit buah pinggang
• Merokok
• Berat badan berlebihan
• Kekurangan senaman
Oleh sebab sakit dada merupakan tanda untuk pelbagai jenis penyakit serius, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin agar punca kepada masalah anda boleh dikesan dan dirawat seawal mungkin. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!