
Sulit
3 tahun
Sakit dada di bahagian tengah dan kerap
saya wanita berumur 23 tahun. saya sering sakit dada bila saya mengemas rumah… angkat berat… walaupon saya hanya lipat baju… saya mudah rasa lelah dan dada saya terasa seperti ditekan… kenapa ye?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala sakit dada apabila mengemas rumah atau mengangkat barang berat. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- Muscle sprain (Kecederaan pada otot pada bahagian dada)
- Masalah jantung koronari
- Masalah pada sistem pernafasan seperti Asthma atau COPD
- Masalah sistem penghadaman seperti GERD atau refluks asid
Kami menyarankan agar anda mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor supaya masalah ini dapat ditangani.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.