Sulit
3 tahun
Sakit Dada Kanan dan tekak bahagian kanan
Saya wanita berusia 21 tahun dan saya sering mengalami sakit dada bahagian kanan sekaligus tekak bahagian kanan juga. Terasa seolah olah ada benda menyucuk. Adakah normal? Atau hanya berpunca daripada stress dan kepenatan?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit dada sebelah kanan. antaranya ialah:
- Tekanan dan kegelisahan
- Ketegangan otot
- Trauma
- Radang paru-paru (pneumonia)
- Radang selaput paru-paru (plueritis)
- Radang tulang rusuk
- Bronkitis kronik
- Refluks asid
- Radang hempedu
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Namun ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat punca sakit dada anda. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat lebih lanjut.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi