
Anonymous
5 tahun
Sakit dada kiri bahagian atas
Saya wanita berumur 21 tahun dgn berat 40kg. Semasa saya berdiri, tetiba saya rasa sakit dada dibahagian kiri atas. Apakah sebab dan puncanya ya doktor?

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit dada di sebelah kiri termasuk:
- Penyakit jantung
- Penyakit paru-paru
- Penyakit tulang
- Kayap
- Penyakit jantung yang dikenali sebagai angina pectoris merupakan sejenis kondisi yang menyebabkan sakit dada yang kronik. Kondisi ini adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen ke sel-sel jantung.
Sakit dada yang berpunca dari angina pectoris biasanya menjadi lebih serius semasa menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal dan kesakitan tersebut akan berkurangan semasa berehat. Berdasarkan kenyataan anda, risiko anda untuk menghidap penyakit jantung adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai faktor-faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung seperti:
• Usia yang lebih tua
• Anggota keluarga yang menghidap penyakit jantung
• Darah tinggi
• Kencing manis
• Kolesterol tinggi
• Penyakit buah pinggang
• Merokok
• Berat badan berlebihan
• Kekurangan senaman
Walaubagaimanapun, untuk mengetahui apakah punca sebenar masalah anda sangat disarankan untuk berbincang dengan doktor kami dan mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih