
Sulit
4 tahun
Sakit dada kiri ketika sedang bernafas secara tiba2
Adakah normal jika sy alami masalah sakit dada tiba2 ketika sedang bernafas?
Ia sakit sekejap saja dlm 1minit,lepas sy cuba bernafas perlahan lahan lama2 sakit tu dah ok
Kerap juga berlaku,2 kali seminggu kot
Sy bimbang jika perkara ini adalah tidak normal

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda merasa kesakitan ketika bernafas seperti:
- Costochondritis (keradangan pada tulang rusuk)
- Pleuritis (keradangan selaput paru-paru)
- Keradangan paru-paru
- Jangkitan TB
- Keradangan saluran pernafasan
- Kecederaan pada tulang rusuk
- Serangan jantung
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi