
Anonymous
5 tahun
Sakit dada kiri rusuk
Assalam. Sy berusia 35 thn dn berkerja sebagai juru elektrik. Sejak seminggu ni sy terasa agak sakit tp tidak terlalu pedih di bahagian dada sebelah kiri ke rusuk dn kadang2 jantung sy berdegup laju. Boleh Dr jelaskan kenapa sy mengalaminya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa punca sakit yang anda alami.
Sakit pada bahagian dada kiri dan jantung berdegup laju boleh menandakan masalah kesihatan seperti
- Sakit jantung
- Masalah sekitar otot, saraf atau tulang dada yang menyebabkan kesakitan dan kesukaran ketika bernafas
- Masalah paru-paru seperti jangkitan atau salur darah tersumbat dengan darah beku
- Masalah perut seperti ulser, gastrik atau asid reflux
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Terima kasih.