Sulit
6 tahun
Sakit dada sebelah kiri atau kanan ketika tarik nafas beberapa kali bermula usia saya 15 tahun sehingga sekarang 17 tahun
Dalam awal umur linkungan saya tingkatan 3 dan 4 kadang-kala saya terasa sakit dada sebelah kiri lebih kerap daripada sebelah kanan,kadang-kadang rasa itu datang secara tiba tiba tanpa memberi sebarang tanda-tanda awal sebelum saya kena.Rasa sakit ini datang semula harini 26/4/2020 yang menjadikan saya tertanya.Tetapi sakit harini hilang selepas sendawa namun sebelum ini rasa sakit ini sukar hilang,lebih dalam saya tarik lebih sakit,sehingga membuatkan saya sukar bercakap atau memberi respon secara aktif .Saya harap doktorr boleh menjawab persoalan saya,saya tingakatan 5 sekarang.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Akan tetapi, masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk anda bercakap dengan ibu bapa atau penjaga sebelum merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.




































