Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit dada sebelah kiri bawah tulang rusuk

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 4, 2020 2:07 PM

Sulit 2 bulan

hai doktor sejak pkp ni … sy sering mengalami sakit dada di bahagian bawah tulang rusuk sebelah kiri hingga ke bawah ketiak … apa ka mksud sakit itu? ada ka sebab salah tidur atau pun masuk angin? sbb sakit itu kejap datang kejap tidak …

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Sakit dada sebelah kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.

Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal

Antara punca lain berlakunya sakit dada di bahagian kiri adalah:

  • Masalah gastrik
  • Sakit pada bahagian otot, tulang dan saraf dada
  • Masalah keresahan
  • Radang paru-paru
  • Jangkitan paru-paru

Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jun 04 2020 14:07:38 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Sakit Dada dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Dada terasa seperti menyucuk dan tekak seperti perit Kes saya ni doc sebenarnya mcm ni,sya ada trauma dgn sesak nafas kot sbb depan mata khilngn psngn akibat sesak nfas…mula² tu xrasa apa²,tp bila da berlalu 2 minggu lebi dr kjdian tu,jantung sya … Baca lagi...
2 hari
Sulit
Jantung rasa berdebar tanpa sebab saya wanita berumur 21 tahun. sejak kebelakangan ni saya asyik rasa berdebar tanpa sebab. sampai dada saya rasa sakit. even saya tak lakukan apa aktiviti tetap rasa berdebar sampai rasa sesak na… Baca lagi...
15 hari
Sulit
Sakit dada setiap malam ketika tidur dan sesak bernafas Heelo dan maaf mengganggu doktor…sy seorg lelaki berumur 22tahun…baru2 ini sy mengalami masalah gastrik…kemudian hilang…akan tetapi ia dtg semula dan tambahan dgn sakit di bahagian dada Baca lagi...
28 hari
Sulit
Dada saya sakit apabila saya bersin sejak kebelakangan ini, dada saya rasa seperti ditekan dan sakit apabila saya bersin. adakah masalah saya serius dan haruskah saya berjumpa doktor. and saya sering bersin Baca lagi...
17 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi