
Sulit
4 tahun
Sakit dada sebelah kiri , sukar untuk bernafas , dada sebelah kiri semakin sakit bila tidur mengiring dan tunduk
saya perempuan berumur 23 tahun. saya mengalami sakit dada di sebelah kiri sejak dari semalam dan hari ini. bila saya tarik nafas dada kiri saya semakin sakit begitu juga bila saya tunduk atau sujud kesakitan dekat dada kiri semakin bertambah. tangan saya juga berasa agak kebas. kadang sakit dada di sebelah kiri itu pergi ke bahagian tengah dada. kenapa ya ? adakah ini sebab masuk angin ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtara, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit dada di sebelah kiri yang berlaku terutama ketika tarik nafas atau ketika tunduk dan sujud yang berlaku sejak dari semalam. Untuk makluman anda, masalah tidak semestinya berkait khususnya kepada kesihatan salur pernafasan atau paru-paru anda/ Terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi kepada anda mengenai gejala ini iaitu:
- Penyakit refluks esofagus (GERD) yang menyebabkan asid dalam perut, naik sehingga ke kerongkong. Ini boleh menyebabkan anda sakit dada dan pedih ulu hati.
- Jangkitan pada paru-paru (sebelah kiri) yang boleh menyebabkan paru-paru berair.
- Paru-paru berair yang boleh disebabkan oleh jangkitan atau masalah jantung dan salur darah paru-paru. Ini akan menyebabkan takungan cecair pada sekeliling paru-paru anda (Pleural Effusion)
- Ketegangan atau masalah otot pernafasan seperti diafragma yang boleh dipengaruhi oleh berat badan dan obesiti.
- Masalah kekangan pernafasan paru-paru seperti Emphysema yang boleh disebabkan jangkitan atau keradangan.
- Keradangan atau jangkitan kuman pada selaput paru-paru (Pleurisy or Pleuritis)
- Masalah keradangan pada jantung akibat jangkitan kuman. (Pericarditis or Myocarditis). Keadaan ini juga boleh menyebabkan takungan cecair pada selaput jantung (Pericardial effusion). Anda juga akan mengalami simptom-simptom lain seperti sesak nafas, pening kepala, demam dan juga degupan jantung tidak sekata.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Walaupun banyak jenis penyakit yang boleh dikaitkan dengan masalah anda, tetapi menurut situasi yang anda perihalkan kemungkinan gejala sakit dada anda adalah amat berkait dengan penyakit refluks esofagus (GERD) yang disebutkan tadi kerana sakit dada yang sakit khusus ketika tunduk adalah tanda yang khusus bagi penyakit tersebut. Ini adalah disebabkan oleh aliran asid perut ke esofagus yang terletak pada ruangan dada dan menyebabkan kesakitan dan kesesakan dada tersebut. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya dan mengelakkan daripada komplikasi yang bakal berlaku.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit anda hari ini.