
Anonymous
5 tahun
Sakit Dada Tengah (Central Chest Pain)
Saya lelaki berumur 23/24 tahun. Saya mengalami sakit dada sejak kebelakangan ini. Dada saya terasa sakit apabila ditekan dan kalau kita stretch ke kiri dan kanan ia akan merasa sakit juga seperti dada ditekan. Saya cuba minum gaviscon tapi tidak ada kesan apa-apa.Saya takut punca ini ada kaitan dengan sakit jantung. Saya bernafas dengan baik tiada masalah tapi masalah sakit dada ini membuat saya tertanya tanya. Boleh doktor jelaskan kepada saya? Selain jantung mungkin paru paru, tulang-tulang ataupun muscle pain?

6 tahun
Salam sejahtera.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kondisi anda sekarang seperti masalah jantung, paru-paru, sistem saraf, tulang dan penghadaman. Selepas mengambil kira usia dan jantina anda, punca-punca yang boleh menyebabkan kondisi anda termasuk:
• Pericarditis atau radang lapisan luar jantung
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Asma
• Ketulan darah di saluran darah paru-paru atau pulmonary embolism
• Gastrik atau asid perut berlebihan
• GERD atau pedih ulu hati
• Keradangan kartilaj atau costochondritis
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar mengalami masalah pedih ulu hati dan asid berlebihan di dalam perut anda.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera. Doktor akan menjalankan pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca masalah anda. Masalah asid berlebihan dengan pedih ulu hati biasanya dirawat dengan ubatan yang mengurangkan asid perut seperti proton pump inhibitors (PPI). Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih