Sulit
4 tahun
Sakit dada terasa macam tercekik
hi maaf bertanya . saya dah 2 kali buat testkit 2 kali juga negatif . tapi sejak akhir2 ni dada saya sakit dan lepas makan saya akan muntah lendir . adakah ni masalah sisptom covid atau pun sebab saya pakai breast pump electric ?? daya tekanan electric tu bg saya terlampau kuat . sebelum ni saya pakai yg caj dulu baru guna tp yg tu rosak saya pakai sekarang yg setiasa guna plug or power bank .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami sakit dada dan ingin mengetahui jika ia adalah disebabkan jangkitan Covid ataupun penggunaan breast pump elektrik. Kami akan cuba membantu anda.
Memandangkan anda telah mengambil ujian self test kit sebanyak 2 kali, kemungkinan anda tidak dijangkiti virus Covid-19. Sakit dada yang anda alami boleh berpunca daripada penggunaan breast pump elektrik yang mempunyai daya tekanan yang kuat seperti yang anda maklumkan. Namun, sakit dada juga boleh berpunca daripada beberapa masalah kesihatan lain seperti :
- Jangkitan kuman pada payudara (mastitis)
- GERD (asid refluks)
- Gastritis
- Serangan jantung
- Masalah jantung koronari
Sekiranya gejala anda berpanjangan atau diiringi simptom lain seperti sesak nafas, berpeluh, jantung berdegup laju, sila rujuk kepada doktor dengan kadar segera. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.


































