
Sulit
4 tahun
Sakit dagu bawah bengkak
Dagu bawah bengkak tapi tak sakit. Semakin lain muka semakin sekarang besar. Saya cari ubat untuk hilang rawatan dah tak jumpa. Saya pakai sapu pun xjadi. Macamana cari hilang rawatan dagu bawah bengkak.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah bawah dagu bengkak boleh disebabkan oleh:
- Kelenjar membengkak akibat jangkitan virus atau bakteria
- Trauma atau kecederaan
- Abscess gigi
- Kesan daripada prosedur cabut gigi
- Pericoronitis
- Tonsilitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.