Sulit
3 tahun
Sakit dan gatal di bahagian punggung
saya 18, saya menggunakan ubat sapu dan ubat
peluru di punggung tapi kenapa rasa
sakit dan pedih, adakah ia perkara biasa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pihak saya tidak pasti jenis ubat yang anda ambil akan tetapi ianya berkemungkinan disebabkan oleh kesan sampingan atau oleh kerana ubat tersebut tidak sesuai dengan anda.
Sebaiknya, anda berhenti mengambil dan menyapu ubat tersebut terlebih dahulu dan berjumpa dengan doktor untuk memastikan punca gejala anda serta berbincang kaedah rawatan lain sekiranya gejala tersebut disebabkan oleh ubat yang and ambil.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.