
Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian bawah kiri perut dan perut kembung
hi doc saya wanita 20 an saya rasa sakit bahagian bawah kiri perut dan perut kembung, saya tidak pasti samada ia sebab postinor atau gastrik atau penyakit lain, sudah hampir seminggu perut kembung dan rasa penuh ja .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Aktiviti atau pergerakan perut yang aktif
- Hernia
- Usus tersumbat ( intestinal obstruction )
- Sista ovari ( ovarian cyst )
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami gejala sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan mendapatkan rawatan.
Alternatif lain adalah anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih cerah daripada doktor kami di atas talian. Terima kasih.