
Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian bawah perut yang tidak dapat dipastikan sama ada sakit usus atau pundi kencing dan sakit itu sehingga urat pada alat kelamin saya
saya lelaki 20an, saya mengalami kesakitan pada bahagian bawah perut yang saya tidak pasti sama ada pada bahagian usus atau bahagian pundi kencing, saya berasa amat sakit jika menguap dan sakit itu terase sehingga urat pada alat kelamin saya, sakit ini juga terasa semasa saya membuang air kecil, baring, batuk, dan perbuatan yg menyebabkan saya perlu menekan perut seperti batuk atau bersin. semasa baring juga hanya terasa sakit jika saya menghembus nafas sehingga perut kempis tetapi tidak rase sakit semasa menarik nafas semasa menarik nafas. saya amat buntu apa yang terjadi pada saya dan saya harap ianya bukanlah perkara yang serius.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi iaitu sakit bawah perut. Namun begitu, maklumat lanjut daripada anda harus kami perolehi sebelum sebarang kesimpulan dibuat berkenaan punca sebenar sakit yang anda alami.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab sakit bawah perut:
- Keradangan appendix ( appendicitis)
- Keradangan saluran kencing
- jangkitan pada saluran kencing
- Masalah testis
- Inflammatory Bowel Disease : Keradangan usus
- Batu dalam buah pinggang
- Irritable Bowel Syndrome
Tambahan, khusus pada wanita, sakit bawah perut dapat disebabkan oleh:
- Haid ( menstrual cramp)
- Endometriosis
- Ovarian cyst
- Hamil di luar rahim
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pegawai khimat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini.