Sulit
2 tahun
Sakit di bahagian bawah tulang rusuk kiri
Hi doc…apabiIa saya bersukan atau berlari dalam jangka masa yg lama, bhgian bawah tulang rusuk kiri saya sangat sakit…kadang kadang sakit tu sampai ke dada hingga mmbuatkan saya susah untuk bernafas. Saya akan rasa sakit apabila berjalan atau berdiri terlalu lama. Saya juga berasa sakit apabila ketawa dan ketika bercakap dengan nada yng kuat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit rusuk sebelah kiri yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot tulang rusuk
- Radang tulang rusuk
- Masalah limpa - seperti limpa bengkak
- Kecederaan otot tulang rusuk
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!