Sulit
4 tahun
Sakit di bahagian dada selepas bersenam
Assalamualaikum dr. Sy ingin bertanya berkenaan dengan sakit di bahagian dada. Saya sangat menggemari aktiviti skipping. Ada satu ketika, saya skipping sehinggakan dada sy berasa sakit apabila saya hendak take a deep breath. Rasa sakit di bahagian dada(bawah tulang rusuk kiri) berlarutan selama beberapa hari, terutama apabila saya menarik nafas dalam2 dan juga semasa saya duduk menyendeng ke kiri. Jadi saya ingin bertanya, apakah penyakit yang saya hidapi? Adakah jantung saya bermasalah, atau sy memerlukan bypass. Buat pengetahuan dr umur saya 22. 120/80 sy punya blood pressure
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang tulang rawan, Costochondritis
- Pedih ulu hati
- Jangkitan kuman pada paru-paru, Pneumonia
- masalah salur darah koronari
- Trauma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.