
liyanayana9339
6 tahun
Sakit di bahagian kepala
sya sudah 3 hari sakit dibahagian belakang kepala… bila tekan terasa sakit… makan panadol dan tidur tapi masih lagi sakit… bila ketawa/batuk terasa tegang dan sakit… tak pasti kenapa sebab tak pernah jadi macam ni

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat pelbagai jenis sakit kepala, antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala biasanya disebabkan faktor:
- Keletihan
- Stress
- Pemakanan tertentu
- Dehidrasi
- Cuaca panas
- Ubat - ubatan seperti pil tahan sakit yang berlebihan juga boleh mencetuskan sakit kepala.
Antara cara melegakan sakit kepala adalah:
- Kawalan stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Untuk pesakit migrain yang kronik disarankan anda untuk pemeriksaan mata
- Banyakkan inum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
Sekiranya sakit kepala anda masih berlarutan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!