nurdiaazlinzakaria
4 tahun
Sakit di bahagian lutut
saya seorang wanita berumur 26 tahun. saya seorang pelajar di IPTA. saya mengalami lenguh di bahagian lutut, kadang ada bunyi meletup apabila saya ingin luruskan kaki saya. sebelum ini saya seorang yang aktif bersukan dalam larian namun telah berhenti sekitar 5 tahun. saya mengalami simpontom tersebut selama 4-5 bulan lalu. ia membuatkan saya melambatkan saya berjalan kerana terasa sangat lenguh.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit di lutut anda yang timbul sewaktu digerakkan atau beraktiviti boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anterior cruciate ligament (ACL) ataupun medial collateral ligament terkoyak yang mana sakit akan muncul tiba-tiba. Yang kedua biasanya timbul akibat putaran yang berlebihan.
- Meniscus terkoyak biasanya akibat kecederaan lokal, sakit timbul saat bergerak
- Patellofemoral pain syndrome adalah rasa sakit yang timbul apabila lutut terlebih guna ( overuse ) sehingga cedera
- Tendonopathy akibat masalah tendon
- Bursitis ialah keradangan pada kantung yang berfungsi sebagai kusyen di lutut
- Osteoarthritis yang timbul akibat berat badan berlebihan sehingga beban berat terhadap lutut tinggi
Bagi membantu proses mencari penyakit sebenar yang mendasari gejala yang anda alami, terdapat banyak persoalan yang harus ditanyakan dan maklumat tambahan yang diperlukan. Justeru, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.