sygbee
6 tahun
Sakit di bahagian perut bawah kanan
rakan saya mengalami sakit perut di bahagian bawah kanan. kadang2 nak buang air kecil sakit di bagian perut tu. peha/kaki dia rasa bisa2. dia sudah ke klinik tetapi doctor hanya bagi ubat tahan sakit. itu je
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- batu karang
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Jika rakan anda telah mendapatkan rawatan dan rawatan tersebut tidak berkesan, anda disarankan membawanya ke hospital secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih






























