
abdaziz.aa125
5 tahun
Sakit di bahagian perut kiri dan kanan serta susut badan dalam masa sebulan
Saya mempunyai adik OKU pendengaran dan percakapan…umur 31…sejak sebulan sakit perut dan mengakibatkan susut badan…tiada selera makan…muntah…sakit apabila menelan makanan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan yang dirasai oleh pihak tuan. Lebih info diperlukan untuk mengenalpasti diagnosis yang jelas seperti jantina, sejarah penyakit dan keluarga serta ubat-ubatan yang diambil. Untuk makluman tuan, gejala sakit perut yang kronik beserta gejala-gejala yang disebutkan boleh disebabkan beberapa faktor diantaranya ialah:
- Sembelit kronik
- Penyakit radang usus
- Penyakit Ulser peptic
- Hiper-tiroid
Gejala-gejala yang disebutkan juga boleh merujuk kepada kondisi yang lebih serius namun maklumat lanjut perlu diketahui oleh pakar perubatan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih