Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sakit di bahagian pinggang kiri

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 17, 2020 5:12 AM

Sulit 58 hari

Saya wanita berusia dalam 34 tahun. Sejak seminggu ini bahagian pinggang saya sakit jika mahu tunduk² terutama sekali waktu solat (rukuk)… dan kalau saya duduk terlalu lama akan menyebabkan pinggang saya sakit juga.Harap dapat penerangan dari pihak doktor. Terima kasih.

Dr Ramzdhan 58 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  1. Otot belakang yang terseliuh
  2. Ketegangan otot belakang
  3. Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
  4. Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
  • Batu karang pada saluran buah pinggang
  • Masalah pada usus

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini ialah keterangan am tentang gejala yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun May 17 2020 05:12:59 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Sakit Pinggang dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Demam kerana mempunyai batu karang di kidney sebelah kanan dan kiri Saya seorang lelaki berumur 34 tahun. Berkerja sebagai jurutera teknologi maklumat. Pada bulan lepas saya terasa ada sakit sikit dibahagian abdomen kiri berserta demam panas selama beberapa hari… Baca lagi...
56 hari
Sulit
Sakit ari ari dan pinggang belakang Saye wanita dalam umur 21 tahun Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sakit di bahagian pinggang kiri Saya wanita berusia dalam 34 tahun. Sejak seminggu ini bahagian pinggang saya sakit jika mahu tunduk² terutama sekali waktu solat (rukuk)… dan kalau saya duduk terlalu lama akan menyebabkan ping… Baca lagi...
58 hari
Sulit
Punca sakit menyucuk dibahagian pinggang sudah 4 hari saya rasa menyucuk di bahagian pinggang Apakah punca ? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sakit pinggang dah seminggu Saya wanita 36 tahun. Sudah seminggu saya mengalami sakit pinggang bhgn belakang. Sakit itu terasa apabila saya duduk terlalu lama dan memusingkan badan. Bahagian pinggul dan peha kadang2 merasa… Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi