Sulit
2 tahun
Sakit di bahagian tulang hidung dan menyebabkan sakif kepala dan rasa melayang
Saya wanita 25 tahun , sejak dua hari yang lepas , saya mengalami sakit di bahagian tulang hidung dan menyebabkan kepala saya berasa sangat sakit dan rasa melayang . Saya dah makan ubat panadol active fast dan vertigo but still sama . Kenapa ya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit di bahagian hidung yang menyebabkan sakit kepala. Saya akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala hidung yang sakit sehingga menyebabkan sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- allergic rhinitis
- non-allergic rhinitis
- sinusitis
- jangkitan virus atau bakteria
Anda disarankan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera sekiranya mengalami keadaan yang serius seperti:
- demam panas
- sesak nafas
- pening atau pitam
- darah atau cecair yang abnormal keluar dari hidung
Saya harap jawapan di atas adalah memuaskan. Sekiranya anda ingin membincangkan keadaan ini dengan lebih terperinci, anda boleh bercakap dengan doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.