
Anonymous
5 tahun
Sakit di bawah bahagian perut
saya wanita berumur 20 an…sejak kebelakangan ini saya dapati bahagian bawah perut saya sakit…saya ada juga dapati keputihan saya berbau dan sakit dibahagian kiri…boleh doktor terang kan kenapa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Antara langkah-langkah bagi mengurangkan gejala keputihan yang dialami anda, anda boleh:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat (hanya setelah konsultasi doktor)
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Gejala sakit perut boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Keracunan makanan
- Radang apendiks
- Sembelit
- Penyakit radang usus
- Bagi wanita - kehamilan ektopik/Penyakit radang pelvis/ovulasi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.