
Sulit
5 tahun
Sakit di kawasan bawah perut atau di bawah bahagian pusat
Hi Dr. Sy berumur 34 tahun. Sejak kebelakangan ni saya rasa sakit dibawah bahagian bawah oerut atau di bahagian bawah pusat. Bila berjalan atau buat apa-apa aktiviti saya tidak merasa sakit langsung. Sakit itu hanya terasa kalau saya dalam keadaan baring, saya ingin pusing ke bahagian kanan atau kiri saya akan tasa sakit di kawasan tersebut. Saya juga tasa sakit bila saya dalam keadaan baring untuk bangun. Toada apa2 pendarahan tidak normal dari faraj. Saya beraalin tahun lepas bukan september 2019 dan sekarang masih menyusu badan. Jadi haid memang tidak teratir dan amount haif juga tak banyak. Tapi saya hanya risau sakit yang saya alami. Apa pandangan doktor?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit perut boleh disebabkan oleh:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Masalah apendiks
- Masalah fibroid atau cyst
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.