
Sulit
4 tahun
Sakit di kawasan ketiak kanan
Saya mengalami sakit berdenyut di kawasan ketiak kanan dan di tengah dada iaitu antara payudara, lebih ketara bila haid. Saya pernah Membutang ketul an bukan kanser di payudara kanan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pembengkakan payudara akibat:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid seperti yang anda alami
Mastalgia (noncyclical)
Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
Mastitis iaitu keradangan payudara
Inflammatory breast cancer
Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Sekiranya ia adalah sakit yang disebabkan cyclical mastalgia yang berkemungkinan berkai rapat dengan hormon ketika hendak datang haid, antara langkah yang anda boleh ambil adalah:
Kurangkan stress
Menggunakan bra yang sesuai dan memberikan sokongan yang baik
Mengamalkan diet yang seimbang
Mengelakkan atau mengurangkan pengambilan kafein (seperti kopi dan teh)
Menurunkan berat badan kepada kadar normal (sekiranya anda obese)
Mengambil painkiller sekiranya sakit tidak dapat ditahan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.