
norsyarin76
5 tahun
Sakit di kedua2 rusuk dpn dan belakang
Saya wanita berumur 43 thn… Tapi sering sakit di bahagian rusuk seperti krem… Kadang2 satu bahagian, kdg2 dua dpn saja, adakala 4 sekali gus dgn blkg jg… Knp ini berlaku dan bgaimana cara merawatnya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit pada bahagian tulang rusuk anda boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti:
- Radang tulang rusuk - “costochondritis” akibat seperti jangkitan virus atau kecederaan lampau
- Kekejangan otot sekitar tulang rusuk - akibat postur badan tidak kondusif ketika duduk atau tidur
- Masalah buah pinggang - seperti batu karang atau jangkitan kuman
- Masalah ovari - seperti endometriosis/ovari terbelit/kista ovari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.