
Anonymous
5 tahun
Sakit di rusuk kiri
Saya ibu kepada seorang anak… Saya hampir 3 minggu sakit di bahagian rusuk belah kiri… sakit ketika batuk,bersin dan trik nafas dalam²… sebelom ni sy ada batuk selama sebulan… lepas batuk ok terus sakit di bahagian rusuk kiri saya… bila sy baring otot sy yang dekat ngn rusuk seolah2 kejang… dan bila saya banyak melakukan kerja2 rumah otot saya makin kerap kejang di malam hari… Saya dah berjumpa doktor di klinik swasta,dan pernah pergi hospital utk x ray… doktor hanya bagi ubat tahan sakit… Tapi smpai skrg sakit tu xhilang… Ape perlu saya buat ye doktor… ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca sakit tulang rusuk kiri, antaranya adalah
- Kecederaan yang melibatkan tulang rusuk contohnya:
- tulang rusuk lebam
- tulang rusuk patah
- Kerosakan otot
- Costochondritis
Costochondritis ini adalah keradangan rawan pada tulang rusuk. Kebiasaannya, costochondritis akan baik pulih tanpa memerlukan rawatan tetapi ia masih bergantung kepada tahap kesakitan dalam menentukan rawatan perubatan. - Pleurisy
Pleurisy adalah keadaan keradangan yang melibatkan lapisan paru-paru dan dada. Keadaan radang paru-paru lain, seperti bronkitis, juga boleh menyebabkan sakit di sekitar sangkar tulang rusuk.
Untuk mengetahui punca masalah isteri anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.