
mislinaayob
5 tahun
Sakit di sisi lutut sebelah kiri
Sy wanita brumur 43 thun .bnyk membuat kerja2 yg bnyk bergerak selama 8 jam tanpa henti selama 4thun…baru baru ini lutut mula sakit bila brjalan dn rasa ngilu pafa kaki kanan. Lama kelamaasn sakit ngilu hilang tp bila saya duduk dlm tempuh 1jam…semasa bamgun untuk berjalan…bhagian sisi lutut sebelh kiri trlalu sakit sangat sehingga payah untuk tegakkn kn kaki dn jalan…tetapi bila dh paksa jalan jugak dlm masa 5minit sakit hilang dn ada kelegaan cikit.bila duduk sambil gerak2 kan kaki…masih tiada kesakitan…cuma trlalu sakit bila nk bangun dn mulakan jalan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sakit lutut boleh berpunca oleh:
- Kekurangan zat besi dan kalsium
- Aktiviti yang membebankan
- Tidak cukup rehat - menyebabkan keletihan ligamen dan otot
- Rapuh/hakisan tulang
- Radang sendi
- Artritis rheumatoid (“Rheumatoid Arthritis”)
Antara langkah-langkah pencegahan yang anda boleh ambil adalah:
- Elakkan mengangkat berat yang berlebihan
- Amalkan pemakanan yang seimbang
- Amalkan senaman dan fisioterapi
- Pengambilan supplemen untuk menguatkan tulang seperti kalsium dan vitamin D
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.